Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MK3D 2025 Perkukuh Ekonomi Luar Bandar, Peroleh Pengiktirafan MBOR

Karnival Mega 3 Dimensi 2025 (MK3D 2025) mencipta sejarah sebagai penganjuran karnival usahawan terbesar negara apabila berjaya menghimpunkan tiga program keusahawanan utama di bawah satu bumbung, selain diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Largest Entrepreneurship Fair di Malaysia.

MK3D 2025 perkukuh ekonomi luar bandar

Bertemakan “Desaku Mendunia”, MK3D 2025 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 30 Julai hingga 3 Ogos lalu menggabungkan Karnival Usahawan Desa (KUD) anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Sambutan Hari Peneroka FELDA (HPF) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), serta Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Jawatankuasa Promosi, Komunikasi dan Publisiti MK3D 2025 dalam satu kenyataan berkata, majlis perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut mengumumkan peruntukan melebihi RM680 juta untuk memperkasa FELDA dan komuniti peneroka.

MK3D 2025

“Peruntukan tersebut meliputi subsidi diesel, projek perumahan generasi baharu, pembangunan infrastruktur, pengurusan risiko bencana, inisiatif digitalisasi komuniti, pembangunan kapasiti belia serta kebajikan petugas FELDA,” katanya pada Sabtu.

Penganjuran ini menyaksikan penyertaan lebih 1,000 usahawan dan pempamer dari seluruh negara, dengan sasaran nilai transaksi sepanjang karnival melebihi RM209 juta yang merangkumi jualan tunai, pembiayaan usahawan serta potensi tempahan dan kerjasama perniagaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peruntukan lebih RM680 juta turut diumumkan khusus untuk memperkasa FELDA dan komuniti peneroka, meliputi subsidi diesel, projek perumahan generasi baharu, pembangunan infrastruktur, pengurusan risiko bencana, inisiatif digitalisasi komuniti, pembangunan kapasiti belia serta kebajikan petugas FELDA.

Artikel lain: KUSKOP Sasar Tiga Objektif Utama, Bantu Usahawan Giatkan Aktiviti Perniagaan

MK3D 2025

Sebanyak RM500,000 kupon penggalak jualan diedarkan secara percuma kepada pengunjung, memberi impak langsung kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan. Program Jualan Murah Keluarga Usahawan juga menawarkan potongan harga antara 20 hingga 30 peratus bagi barangan keperluan harian dan produk tempatan.

Selain itu, pelbagai program turut dianjurkan termasuk seminar keusahawanan, sesi padanan perniagaan, demonstrasi produk dan pameran teknologi serta inovasi tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“MK3D 2025 membuktikan penyatuan komuniti peneroka, usahawan desa dan industri tempatan dalam satu ekosistem pembangunan inklusif mampu mengangkat aspirasi desa ke arus perdana,” kata Jawatankuasa Promosi, Komunikasi dan Publisiti MK3D 2025 lagi.

MK3D 2025

Karnival ini menjadi bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan ekonomi luar bandar secara holistik dan inklusif, sekali gus memperkukuh kedudukan komuniti desa sebagai nadi pembangunan negara.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Nara Smith, mendedahkan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Whimsey, disahkan menghidap kanser selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan pada penghujung...

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Bermula di sebuah gelanggang latihan sederhana di Hulu Selangor, minat seorang kanak-kanak terhadap seni bela diri kini membawanya melakar kejayaan di pentas dunia. Ketika...

Lokal

Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bayu Permai, Beluran, hari ini. Ditemui rentung dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd