Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF Percaya KPT Akan Pastikan Kes Seperti Zulfarhan Tidak Berulang – Mohamed Khaled

Kementerian Pertahanan (MINEDF) yakin dan percaya kejadian buli yang menimpa Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak akan berulang lagi kepada mana-mana pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menurut satu laporan Buletin TV3, Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sudah pasti akan menumpuhkan perhatian agar perkara tersebut tidak berulang di mana-mana universiti di negara ini.

Foto: Buletin TV3

“UPNM sebagai universiti adalah tertakluk di bawah KPT, tapi dari segi hubungan dengan Kementerian Pertahanan, kampus terletak dalam kawasan kita dan visi datang daripada kita.
“Jadi dalam hal ini, kita juga beri perhatian dan sampaikan kepada pihak pengurusan universiti untuk pastikan ia tidak berlaku di masa akan datang,” katanya.

Foto: Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO), Kuala Lumpur pada Ahad.

Mohamed Khaled juga bekata, tindakan wajar mungkin sudah diambil oleh pihak universiti berikutan kerana tiada lagi insiden-insiden serupa berlaku selepas kejadian tersebut yang berlaku pada 2017 lalu.

Foto: Media Sosial

Terdahulu, enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh kadet tentera laut Zulfarhan Osman dimana kesemua mereka bergilir-gilir menekap seterika wap panas berulang kali pada bahagian belakang, depan dan kemaluan mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd