Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Merokok Di Restoran, Dr Dzulkefly Dedah Tok Mat Minta Sendiri Dikompaun KKM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan menemui Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan atau biasa disapa Tok Mat untuk menyerahkan notis kesalahan  selepas tular gambar beliau sedang merokok di sebuah restoran.

Tok Mat

Foto: Malaysian Business

Perkara itu dikongsikan Dr Dzulkefly menerusi platfrom X apabila mendedahkan pejabat Menteri Luar berkenaan sudah dimaklumkan tentang tindakan tersebut.

Tok Mat

“Jujurnya, YBM DS Muhammad Hassan sendiri minta KKM isukan kompaun ke atas kesalahan tersebut dan beliau memberitahu saya, kompaun akan dibayar,” katanya.

Menteri Kesihatan turut menegaskan, tiada siapa yang akan terlepas daripada undang-undang Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) jika merokok dalam restoran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tok Mat

Foto: X inciter

Dakwaan tersebut tersebar selepas gambar yang didakwa menunjukkan Tok Mat merokok di sebuah restoran dimuat naik ke akaun X @MsianInciter.

Akaun X yang mendedahkan isu tersebut turut memaparkan poster mengenai 28 tempat larangan merokok yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Artikel lain: KKM Siasat Hospital Swasta Kes Jenazah Bayi Dibeku Dua minggu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat terperinci seperti tarikh, masa dan nama restoran dikongsikan dalam hantaran tersebut.

Menteri Kesihatan berjanji Akta 852 yang berkuat kuasa sejak 1 Oktober lalu akan dilaksanakan tanpa sebarang diskriminasi.

Sumber: X Dzulkefly Ahmad, inciter

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd