Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Menteri Pertahanan, Duta Kuwait Bincang Peroleh Jet Pejuang F/A-18 Legacy Hornet Milik KAF

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Duta Kuwait ke Malaysia, Rashed Mohammed Rashed AlSaleh hari ini.

Mohamed Khaled berkata, kunjungan itu membincangkan mengenai “Military-to-Military Cooperation”, kerjasama industri pertahanan dan konflik di Gaza.

“Antara perkara yang dibincangkan adalah berhubung hasrat negara untuk memperoleh jet-jet pejuang F/A-18 Hornet milik Tentera Udara Kuwait (KAF) setelah KAF menerima Super Hornet baharunya.
“Malaysia berbesar hati melihat kemajuan positif dalam hubungan bilateral dan pertahanan antara Malaysia dan Kuwait,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Sebelum ini, media melaporkan perolehan pesawat tersebut bergantung kepada laporan penilaian daripada pasukan teknikal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, keputusan sekiranya ingin memperoleh pesawat itu mengambil kira pelbagai faktor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, kumpulan teknikal terbabit telah kembali dari Kuwait dan pihaknya sedang menunggu laporan teknikal daripada pasukan TUDM.

Ini selaras dengan salah satu daripada lima fokus utama Kementerian Pertahanan yang diumumkan Mohamed Khaled dalam Perutusan Tahun Baharu pada Januari lalu, iaitu memastikan kesediaan sistem pertahanan negara terutamanya aspek kelengkapan aset ketenteraan.

Sementara itu, Mohamed Khaled juga memaklumkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua buah negara akan terus diperkukuh melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani kelak.

“Malaysia berharap agar hubungan pertahanan antara Malaysia dan Kuwait dapat terus dipertingkatkan, seterusnya memberikan manfaat kepada kedua-duanya,” ujarnya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MINDEF Tuan Mohd Yani Daud.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd