Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Menara Merdeka 118 Tukar Nama, Kini Rasmi Sebagai Menara Merdeka Maybank

Menara Merdeka 118 secara rasminya dijenamakan semula sebagai Menara Merdeka Maybank, sekali gus melambangkan kehadiran kumpulan perbankan itu di mercu tanda yang kini menjadi ibu pejabat baharunya.

Memetik laporan BERNAMA, Menerusi satu kenyataan pada hari ini, Maybank memaklumkan alamat berdaftar baharu ibu pejabatnya ialah Aras 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.

“Seiring dengan pengumuman ini, bekas ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank akan dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak.
“Kedua-dua nama bangunan ini akan berkuat kuasa mulai 28 Julai 2026,” menurut kenyataan itu.

Maybank turut memberi jaminan bahawa Cawangan Utama Kuala Lumpur akan terus beroperasi di Menara Tun Perak sehingga dimaklumkan sebaliknya.

Artikel lain: Menara Merdeka 118 Bakal Dibuka Secara Rasmi Pada Januari 2024

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut bank berkenaan, penjenamaan semula itu tidak memberi sebarang kesan kepada pelanggan yang mempunyai akaun di cawangan terbabit, manakala semua urusan serta perkhidmatan perbankan akan terus berjalan seperti biasa.

Sumber: BERNAMA

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd