Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Menang Oscar Buat Kali Pertama, Cillian Murphy Dinobat Pelakon Lelaki Terbaik

Pelakon ternama Hollywood, Cillian Murphy dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Oscar 2024 buat kali pertama menerusi pencalonan sulungnya melalui watak dalam filem Oppenheimer.

Menurut laporan Mail Online, pelakon berusia 47 tahun itu dicalonkan dalam Anugerah Akademik buat kali pertama sepanjang penglibatan kariernya dalam dunia hiburan.

Foto: FB New York Magazine

Dia memberi ucapan yang ringkas dan manis di atas pentas sebagai tanda terima kasih ke atas penganugerahan yang diterimanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Chris Nolan dan Emma Thomas, ini adalah perjalanan yang paling liar, paling menggembirakan, pengembaraan kreatif paling memuaskan yang telah anda bawakan kepada saya sejak 20 tahun yang lalu, saya sangat terhutang lebih lagi daripada apa yang boleh saya katakan,” katanya.

Foto: FB UPROXX

Murphy juga mengucapkan terima kasih kepada semua kru yang terlibat dalam penghasilan dan pembuatan filem Oppenheimer kerana berjaya meraih banyak anugerah dalam acara tersebut.

“Kita menghasilkan sebuah filem tentang seorang lelaki yang mencipta bom atom, dan untuk kebaikan atau keburukan, kita semua hidup dalam dunia Oppenheimer, jadi saya akan mendedikasikan filem ini kepada semua pencinta kedamaian,” ujarnya.

Foto: Google

Bintang berbakat itu memegang watak sebagai Julius Robert Oppenheimer yang terkenal sebagai Bapa Bom Atom Dunia dan berperanan besar dalam pergerakan Perang Dunia Kedua.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejayaan Murphy membawa watak tersebut membuatkan dia berjaya memenangi anugerah dan menewaskan beberapa nama besar seperti Bradley Cooper (Maestro), Colman Domingo (Rustin), Jefrrey Wright (American Fiction), dan Paul Giamatti (The Holdovers).

Sumber: Mail Online

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah dikepung secara haram oleh bot tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa, sekali gus...

Dunia

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu...

Lokal

Persiaran Pantai Sinaran di kawasan pembangunan The Light City, Gelugor kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Persiaran Chin Fung Kee, sebagai tanda penghargaan terhadap...

Dunia

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan setakat 7 malam waktu Malaysia, kapal Tam Tam tidak dipintas, namun dirosakkan oleh rejim Israel, dengan semua aktivis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd