Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Masters Malaysia: Malaysia Tamat Penantian 12 Tahun, Sah Juara Beregu Lelaki

Malaysia akhirnya berjaya menamatkan penantian selama 12 tahun untuk merangkul kejuaraan dalam kategori beregu lelaki di kejohanan badminton Masters Malaysia apabila dua wakil negara berjaya menempah tiket ke final.

Menurut laporan Astro Arena, gandingan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melakar kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan utama dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam perlawanan separuh akhir yang penuh mendebarkan sebentar tadi.

Foto: The Star

Pertembungan antara juara Asia dan pasangan ranking nombor satu dunia itu menyaksikan pertarungan sengit tiga set, disambut sorakan gemuruh penyokong tempatan di Axiata Arena.

Aaron-Wooi Yik memulakan permainan dengan cemerlang apabila meraih kemenangan set pertama 21-19 dalam tempoh 21 minit. Namun, wakil Denmark bangkit dalam set kedua dan mempamerkan aksi bertenaga untuk mengheret perlawanan ke set penentuan selepas menang 21-17.

Tidak goyah dengan tekanan, pasangan negara kembali menemui rentak dalam set ketiga dan menguasai gelanggang sepenuhnya sebelum mengesahkan kemenangan 21-15.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejayaan ini bukan sahaja membawa mereka ke pentas final, malah turut mengesahkan gelaran juara menjadi milik Malaysia apabila mereka bakal bertemu rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam ‘perang saudara’ di aksi akhir esok.

Foto: MSN

Kali terakhir Malaysia menjulang gelaran beregu lelaki di kejohanan ini adalah pada tahun 2013 menerusi pasangan Goh V Shem-Lim Khim Wah.

Dengan prestasi cemerlang ditampilkan Aaron-Wooi Yik dan Man-Tee, peminat sukan badminton tanah air boleh menantikan satu lagi detik bersejarah yang bakal mengukuhkan dominasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sumber: Astro Arena (Najmi Iman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Dunia

Global Sumud Flotilla (GSF) mengumumkan pelancaran flotila kemanusiaan terbesar dalam sejarah ke Gaza, yang dijadualkan berlepas pada 29 Mac dari pelbagai pelabuhan di seluruh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd