Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Masjid Jamek Ar-Ridzuan ‘Diselamatkan’, Pemilik Bukan Islam Setuju Jual Tanah

Sebuah sinar harapan buat Masjid Jamek Ar-Ridzuan apabila pemilik tanah bukan Islam yang memiliki tapak masjid tersebut bersetuju untuk menjual semula tanah itu kepada pihak masjid. Keputusan ini disambut baik dan dianggap sebagai langkah penting dalam menyelamatkan masjid berusia hampir satu abad itu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Masjid Jamek Ar-Ridzuan yang terkenal dengan reka bentuk unik menyerupai Menara Berkembar Petronas (KLCC) itu menjadi tumpuan penduduk setempat sejak sekian lama.

Foto: Sinar Harian

Kini, usaha untuk menebus kembali tanah tersebut telah membuahkan hasil selepas pengerusi masjid mengadakan perbincangan langsung dengan pemilik tanah, yang akhirnya bersetuju untuk memberi keutamaan kepada pihak masjid dalam urusan penjualan.

Ahli Dewan Undangan Negeri, (ADUN) Alor Pongsu, Noor Azman Ghazali menyifatkan perkembangan ini sebagai sayu kejayaan besar kerana menurutnya semua masjid di negeri Perak akan menyumbangkan kutipan derma solat Jumaat pada tabung khas bagi menebus semula tanah masjid tersebut.

“Saya bangga dengan langkah ini. Boleh dikatakan ini contoh pertama yang mana semua kutipan derma daripada semua masjid di negeri ini disalurkan untuk tabung ini. Ini satu perkembangan yang sangat melegakan,” katanya.

Foto: Utusan Malaysia

Sebelum ini, tanah tapak masjid tersebut telah diwakafkan namun dijual kepada pembeli bukan Islam pada tahun 2012 serta langkah untuk menebusnya semula telah dimulakan lebih awal menerusi kutipan khas, namun tidak membuahkan hasil.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut mengesahkan kerajaan negeri menyokong penuh usaha ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, nilai semasa tanah tersebut dianggarkan sekitar RM1.8 juta, namun dengan kutipan solat Jumaat yang boleh mencecah antara RM5 juta hingga RM7 juta sebulan di seluruh negeri, ia bukan satu halangan besar untuk menebus kembali tanah wakaf itu.

Difahamkan, pemilik tanah kini bersetuju untuk menjual keseluruhan tanah miliknya, termasuk kawasan lain selain tapak masjid dan langkah ini dijangka akan menyelesaikan masalah pemilikan yang telah berlarutan selama lebih 12 tahun.

Noor Azman yakin perkembangan ini menjadi titik tolak penyelesaian yang lama tertangguh dan simbol perpaduan umat Islam dalam mempertahankan institusi masjid.

Sumber: Utusan Malaysia (Fadzil Zainol)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Rasa tanggungjawab terhadap keselamatan dan nyawa manusia mendorong sukarelawan Orang Asli suku Semai tampil membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin,...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd