Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Masih Belum Berakhir, Mano Polking Yakin Thailand Bakal Menang Di Laman Sendiri

Pengendali Thailand, Alexandar Polking atau kadangkala mesra disapa Mano menyifatkan perjuangan pasukannya masih belum berakhir selepas tewas 0-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Menurutnya, skuad kendalian Gajah Perang miliknya masih mempunyai 90 minit untuk menukar keputusan keseluruhan apabila mereka beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Thammasat pada Selasa ini.

“Apa yang saya ingin katakan ia sudah separuh jalan dan kami (Thailand) masih mempunyai peluang untuk kembali menang di laman sendiri.
“Kami tewas tetapi masih ada aksi di laman sendiri. Saya tidak suka kalah. Sukar untuk menerima kekalahan ini sleepas kita juga akan beraksi balik,”ujarnya.
 NSTP/Aswadi Alias

Katanya lagi, skuad Harimau Malaya menang tipis hanya disebabkan atas bantuan sorakan penyokong yang padu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini, sebaliknya Thailand tidak.

“Namun, perlawanan bagus ditonjolkan oleh Malaysia dibantu dengan sorakan penyokong mereka,
“Kami kehilangan banyak sorakan daripada peminat,”ujarnya lagi.Aksi separuh akhir kedua Piala AFF kedua-dua pasukan akan dilangsungkan di Stadium Thammasat pada Selasa ini.

Dalam pada itu, ketua jurulatih berusia 47 tahun memuji pasukan Malaysia sewaktu berlangsungnya perlawanan aksi separuh akhir pertama Piala AFF.

Terdahulu, media melaporkan skuad Harimau Malaya berjaya berjaya melakar kemenangan 1-0 walaupun terpaksa membawa bekalan tipis ke bumi ‘Siam’ hasil daripada jaringan oleh Faisal Halim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Football Association of Malaysia, Thairath

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd