Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Masalah Jerebu: 13 Titik Panas Dikesan Dalam Negara, 11 Di Sarawak

13 titik panas dikesan

Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan tidak sihat di Kuala Selangor dipercayai berpunca daripada masalah jerebu rentas sempadan.

13 titik panas dikesan

13 titik panas dikesan jerebu

Foto: Majoriti

Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar memberitahu, bacaan IPU Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan dua kawasan mencatat status kualiti udara baik manakala 64 kawasan pada tahap sederhana.

“Kemerosotan kualiti udara di kawasan terlibat masih dipengaruhi jerebu rentas sempadan. Tiada kebakaran besar berlaku yang boleh menyebabkan jerebu setempat,” kata Wan Abdul Latif di Putrajaya.

Menurut laporan Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) berpusat di Singapura semalam, imej satelit Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) 20 megenal pasti 42 titik panas dikesan di Sumatera manakala 91 lagi di Kalimantan.

Beliau mendedahkan, 13 titik panas dikesan dalam negara iaitu 11 di Sarawak dan masing-masing satu di Pahang serta Terengganu.

“JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Sehubungan itu, Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) telah dilaksanakan bagi membantu tindakan agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan mengatasi masalah jerebu negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
13 titik panas dikesan

Foto: Utusan

“Semua pemilik tanah dinasihatkan supaya memantau secara rapi kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, kawasan pertanian dan industri.
“Pemilik tanah juga diminta mengambil langkah mencegah pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan pembakaran terbuka sama ada untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja,” tambahnya lagi.

JAS bersama kementerian dan setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu akan sentiasa bertindak dengan lebih tangkas berdasarkan PTJK.

Artikel lain: El Nino Dijangka Berterusan Sehingga Julai, NRECC Pantau Jerebu Dalam & Rentas Sempadan

Difahamkan, antara langkah keselamatan yang boleh diambil adalah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 100 manakala di sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200.

Sumber: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd