Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Malaysia Masters: Keputusan Kontroversi Umpire Jejas Semangat Aaron-Khai Xing

Aksi sengit beregu muda lelaki negara, Aaron Tai dan Kang Khai Xing di pusingan kedua Kejohanan Badminton Malaysia Masters berakhir dengan kekalahan, namun yang lebih memeritkan adalah keputusan umpire yang mencetuskan kontroversi dan menjejaskan semangat juang mereka.

Menurut laporan Kosmo!, bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, pasangan juara remaja dunia itu memberikan saingan hebat sebelum tewas kepada pilihan ketujuh dari Denmark, Rasmus Kjaer dan Frederik Sogaard dalam perlawanan tiga set, 10-21, 26-24, 16-21.

Foto: Kosmo!

Walaupun akur dengan kekalahan, Khai Xing meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa keputusan yang dianggap berat sebelah sepanjang perlawanan berlangsung.

“Saya pun tidak tahulah nak cakap apa, memang tidak ada jawapan. Bagi saya, ini macam tidak adil kerana bola (bulu tangkis) keluar dia cakap masuk, bola tidak terkena (badan) dia kata kena.
“Bagi saya ada sedikit (terganggu) sebab bukan sekali tetapi empat atau lima kali. Memang ia akan mengganggu juga pemikiran kami,” katanya.

Perlawanan juga sempat dihentikan seketika apabila umpire mendakwa bulu tangkis terkena badan Aaron ketika mata berada pada kedudukan genting 15-12, memihak kepada pasukan Denmark.

Keputusan itu mengundang bantahan daripada ketua jurulatih bergu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun kehilangan satu wakil muda, Malaysia masih meneruskan cabaran di suku akhir menerusi tiga lagi beregu lelaki iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Foto: Utusan Malaysia

Pertembungan sesama sendiri antara Wei Chong-Kai Wun dan Sze Fei-Izzuddin memastikan sekurang-kurangnya satu wakil negara mara ke separuh akhir dan sementara itu, Aaron-Wooi Yik bakal menguji kehebatan pasangan Denmark, Kjaer-Sogaard.

Di bahagian wanita pula, Pearly Tan dan M. Thinaah turut mara dan akan menentang gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji-Amalia Cahaya Pratiwi bagi merebut slot ke separuh akhir.

Sumber: Kosmo! (Muhammad Helmee Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd