Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Majlis Hari Raya HASiL 2024 : Gema Lebaran Pupuk Semangat Perpaduan Selaras Rukun MADANI

‘Gema Lebaran’ anjuran Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah dijayakan dengan tujuan memupuk semangat perpaduan selaras dengan rukun Malaysia MADANI.

Majlis tahunan itu telah dihadiri pihak-pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan dan swasta, rakan-rakan media, rakan strategik HASiL (RASH) serta komuniti sekitar di Menara HASiL, Cyberjaya hari ini.

Dalam pada itu, majlis sambutan hari raya ini juga bertujuan untuk meraikan para pengawai HASiL sempena Aidilfitri yang disambut di bulan Syawal ini.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, selain menjadi platform yang lebih terbuka antara HASiLian dan para tetamu, penganjuran majlis ini juga dapat mengeratkan jalinan kerjasama sekali gus memperkasakan sinergi HASiL dengan pelbagai pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Penganjuran majlis seperti ini akan menjadi platform yang lebih terbuka bagi hubungan dua hala di antara HASiLian dan tetamu jemputan.
 “Ianya dapat meluaskan jaringan serta mengeratkan jalinan kerjasama dan seterusnya memperkasakan sinergi antara HASiL dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam memacu perkembangan ekonomi.
“Ia sekali gus mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui program-program pembangunan percukaian yang dirangka untuk tahun 2024,” katanya.

Malah, HASiL juga mengambil kesempatan bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd