Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Macam Mana Nak Hidup Di KL Kalau Gaji Bersih Konstabel RM1,500?” – Pengarah JSJ

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan nasib anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hanya meraih gaji permulaan sebanyak RM1,441.00 sebulan.

Menurut laporan Harian Metro, apa yang lebih menyayat hati adalah anggota yang ditugaskan di kawasan kos sara hidup tinggi seperti Kuala Lumpur yang menjadikan mereka sebagai miskin bandar.

“Apabila mereka masuk tandatangan sebagai rekrut Konstabel tangga gaji mereka, RM1,441.00 dan apabila dia habis tamat latihan keluar rekrut konstabel mereka dapat gaji bersama elaun sebanyak RM1,800.00 dan bawa balik gaji bersih RM1,500.
“Boleh anda hidup di Kuala Lumpur dengan jumlah gaji sebegitu? Itu tidak mengambil kira lagi kos biaya penyakit, anak istimewa (OKU), biaya hospital sehingga ada yang mendapatkan rawatan tiga kali seminggu.
“Ketua atau penyelia, sila ambil tahu dan kenal pasti anggota yang mengalami nasib sebegini dalam apa juga keadaan, sekiranya Tuan boleh bantu maka bantulah,” katanya.

Mohd Shuhaily turut mendedahkan ada anggota yang terpaksa menolak tawaran kenaikan pangkat disebabkan enggan untuk berpindah ke tempat baharu kerana bimbang membebankan ahli keluarga yang sakit.

“Ada anggota datang jumpa saya beritahu, Datuk saya terpaksa tolak kenaikan pangkat saya sebab isteri saya lumpuh, anak saya seorang umur 21 tahun dan seorang lagi 20 tahun dan kedua-dua mereka mengalami penyakit ‘Cerebral Palsy’.
“Setiap pagi saya kena angkat mereka untuk bersihkan, pakaikan baju dan siapkan segala keperluan mereka sebelum saya keluar bekerja.
“Katanya, walaupun dalam keadaan begitu, isteri saya berusaha masak nasi lemak dan saya tolong jualkan di sini (tempat kerja) elaun saya keluar untuk kerja adalah untuk pembiayaan perubatan dan saya ada masa untuk anak-anak, sekiranya ditukarkan tugas, saya tak boleh membahagikan masa saya,” ujarnya lagi.

Susulan itu, Mohd Shuhaily sentiasa komited dalam mencari penyelesaian kepada kekangan logistik yang dihadapi jabatannya termasuklah masalah kebajikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Safeek Affendy Razali)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd