Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Ditahan Serang Aktivis Sedang Buat ‘Live’ Isu Peniaga Warga Asing

Seorang lelaki ditahan polis pada Isnin, selepas disyaki mengganggu dan menyerang seorang aktivis yang sedang membuat siaran langsung di TikTok berkaitan isu peniaga warga asing di Pusat Bandar Utara, Selayang, pada Ahad.

Isu peniaga warga asing

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, insiden itu berlaku sekitar pukul 10 pagi ketika beberapa aktivis daripada badan bukan kerajaan (NGO) SurPlus sedang menjalankan tinjauan di kawasan tersebut.

“Tujuan mangsa adalah untuk menyuarakan isu-isu demi kepentingan rakyat serta mendekati masyarakat tempatan dalam bentuk penyampaian maklumat melalui siaran langsung di platform TikTok.
“Kemudian seorang lelaki menaiki motosikal datang mengganggu dengan membuat bunyi bising menggunakan ekzos secara sengaja, serta mengeluarkan kata-kata kesat, ejekan dan fitnah terhadap aktiviti pengadu,” katanya malam tadi.

peniaga warga asing

Artikel lain: Dokumen Meragukan, Imigresen Kedah Cekup 122 Pekerja Asing

Ahmad Sukarno berkata, suspek bertindak agresif dengan menghampiri mangsa, menolak rakan mangsa, malah cuba menumbuk mangsa di hadapan orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan itu dilaporkan menimbulkan ketakutan dan suasana cemas di kalangan aktivis serta orang awam.

“Serangan itu berlaku tanpa sebarang provokasi daripada pihak pengadu atau orang awam yang berada di lokasi.
“Satu aduan berkait kejadian itu kita terima pada jam 6.44 petang Ahad. Berikutan itu, polis menahan lelaki tempatan berusia 38 tahun pada jam 11.50 pagi Isnin bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 323, Seksyen 506 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak agresif ketika aktivis sedang memberi penerangan mengenai undang-undang negara serta peraturan yang melarang warga asing berniaga di kawasan berkenaan.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil), Facebook SurPlus Pulau Pinang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan rancangan serangan terhadap Iran minggu ini selepas menerima amaran daripada sekutu negara Teluk dan pegawai pentadbirannya sendiri...

Dunia

Tentera Israel didakwa bertindak kejam terhadap peserta Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang kini ditahan di Penjara Ktziot termasuk penggunaan senjata perenjat elektrik (taser)...

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sosial

  Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal dikenali sebagai Azlan mencuri perhatian selepas memilih untuk menyerahkan sejumlah wang tunai yang ditemuinya kepada pihak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd