Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lisa Blackpink Dibayar RM35 Juta Untuk Dedah Dahi Kepada Orang Ramai?

Umum sedia maklum dengan penampilan penyanyi popular Korea Selatan, Lisa Blackpink yang sentiasa menutup dahinya dengan rambut ketika berhadapan dengan orang ramai.

Bagaimanapun, baru-baru ini Lisa telah mengejutkan ramai apabila tampil dengan gaya baharu dengan menunjukkan dahinya kepada umum ketika pameran ‘Bulgari Serpenti 75th Anniversary, The Endless Story’ di Jongno-gu, Seoul, Korea Selatan.

View this post on Instagram

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mana tidaknya, penyanyi yang berusia 26 tahun itu sebelum ini pernah memaklumkan dia tidak akan menunjukkan bahagian dahinya tanpa sebarang sebab.

Bahkan, menerusi  rakaman “Knowing Brothers” pada 2020, Lisa pernah bertegas tidak menerima sebarang kerja seperti rakaman iklan sekiranya pihak pengiklan memintanya menukar gaya rambut.

Malah, penyanyi kelahiran Thailand itu pernah berseloroh dia hanya mendedahkan dahinya sekiranya dibayar 10 bilion won (RM35.4 juta).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kimchi Daily

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 Pegawai Perubatan (MO) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan dapat beroperasi pada tahap lebih ideal dan...

Lokal

Polis sedang mengesan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel dari sebuah lubang utiliti di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat...

Lokal

Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat dan kini berada di rumah Tok...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd