Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lima Tahun Berkahwin, Syahrini Umum Hamil Anak Pertama

Desas-desus khabar angin mengenai kehamilan Syahrini akhirnya terjawab apabila penyanyi terkenal Indonesia itu memaklumkan dirinya kini hamil tujuh bulan.

Syahrini atau Rini Fatimah Zaelani berkongsi fotonya bersama suami, Reino Barack yang dilihat sedang memegang dan mencium perutnya sekali jus menjelaskan hasrat mereka untuk memiliki cahaya mata akhirnya tercapai.

Foto: IG @princesssyahrini

“Bismillahirrahmannirrahim, kami mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata dan ia sudah menjadi kenyataan,” katanya menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini.

Penyanyi lagu Restu itu turut dilihat meletakkan tanda pagar 7 months pregnant (tujuh bulan usia kehamilan) secara rasminya memberitahu usia kandungannya kini memasuki trimester ketiga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: IG @princesssyahrini

Terdahulu, timbul khabar angin Syahrini dikatakan sedang hamil anak pertama selepas foto terbaharunya tular di media sosial. Peminat mula membuat spekulasi sama  ada penyanyi itu kini berbadan dua selepas gambarnya sedang berjalan bersama suami berjaya dirakam netizen.

Netizen membuat andaian Syahrini kini hamil apabila bentuk tubuhnya kelihatan lebih berisi meskipun dalam persalinan jubah yang longgar.

Foto: IG @princesssyahrini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Syahrini mendirikan rumah tangga dengan Reino pada 27 Februari 2019 di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun. Selepas berumah tangga, Syahrini mengambil keputusan berehat dari dunia hiburan.

Sumber: Instagram @princesssyahrini

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd