Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Lima Kali Pengalaman Di Olimpik, Sudah Masa Azizulhasni Jadi Jurulatih – Hamidin

Selepas mengumumkan persaraannya, sudah tiba masa untuk jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang mencurah bakti jadi jurulatih.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Kontinjen Malaysia Ke Sukan Olimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pengalaman dimiliki Azizulhasni itu sangat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.

Sudah tiba masa Azizulhasni jadi jurulatih

Azizulhasni Jadi Jurulatih

Foto: Utusan Malaysia

“Saya rasa mungkin dengan umur beliau sekarang 36 dan Olimpik akan datang 40 tahun sukar untuk beliau bersaing dengan pelumba muda.
“Mungkin saya rasa ini masanya untuk beliau menabur bakti sebagai jurulatih atau penasihat dengan pengalaman lima kali beliau di Olimpik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba dari Paris pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Ikut Jejak Zii Jia, Pasangan Beregu Sze Fei-Izzuddin Bakal Tinggalkan BAM?

Dalam pada itu, Hamidin juga percaya Shah Firdaus sudah bersedia menggalas tanggungjawab besar membawa pingat kepada negara di Olimpik Los Angeles 2028 sekaligus mengisi kelompongan susulan ketiadaan Azizulhasni dalam pasukan berbasikal trek.
“Saya fikir Shah Firdaus dan adik beliau (Ridwan Sahrom) berupaya untuk mengisi tempat di Olimpik akan datang,” ujarnya.

Azizulhasni Jadi Jurulatih

Foto: Sinar Harian

Sebelum ini, Azizulhasni memberikan bayangan bersara apabila telah berjanji kepada keluarganya bahawa Paris 2024 akan menjadi sukan Olimpik terakhirnya selepas menjalani pembedahan jantung terbuka pada April 2022.

Pada temasya Paris 2024, beliau yang terkenal sebagai Pocket Rocket Man tidak bernasib baik apabila dibatalkan penyertaan pada pusingan pertama acara keirin akibat kesalahan melintas pacer.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, beliau memenangi pingat gangsa keirin di Rio 2016 sebelum merangkul pingat perak di Tokyo 2020 selain pernah memenangi pingat emas keirin pada Kejohanan Dunia 2017.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Zakwan Nazaraly)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd