Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lewat Muncul, Gunung Fuji Akhirnya Diselimuti Salji

Gunung Fuji, ikon Jepun diselimuti salji pertama musim ini, menjadikannya rekod baharu tarikh paling lewat kemunculan salji di pergunungan itu ekoran cuaca panas yang luar biasa, Tokyo, Jepun, hari ini.

Menurut laporan Kyodo News, puncak gunung setinggi 3,776 meter yang terletak di antara wilayah Shizuoka dan Yamanashi itu dilapisi salji nipis pada waktu pagi hari ini.

Foto: Kyodo News

Balai cerap Kofu setiap tahun mengumumkan pemerhatian salji untuk gunung tertinggi di Jepun, masih belum dapat mengesahkan salji berkenaan disebabkan awan yang menghalang pandangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setelah disahkan oleh balai cerap, salji pertama itu secara rasmi akan mengatasi rekod sebelumnya yang dicatat pada 26 Oktober 1955 dan 2016.

Cuaca panas berterusan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan suhu purata di puncak gunung mencapai 1.6 darjah Celcius pada Oktober, tertinggi bagi bulan itu sejak rekod bermula pada 1932 dan 3.6°C lebih tinggi daripada purata tahunan.

Foto: Carian Google

Terdahulu, Gunung Fuji di Jepun kekal tanpa salji direkodkan pada Isnin lepas, menjadikannya satu rekod baharu sejak perekodan bermula 130 tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lazimnya, salji di cerun gunung berapi itu mula kelihatan pada 2 Oktober dan pada tahun lalu, salji mula dikesan pada 5 Oktober.

Foto: Earth.com

Bagaimanapun disebabkan cuaca panas, tiada lagi salji turun di gunung tertinggi Jepun pada tahun ini, kata peramal di Pejabat Meteorologi Tempatan Kofu, Yutaka Katsuta.

Peramal itu juga menyatakan bahawa, fenomena ini telah mengatasi rekod sebelumnya, iaitu salji mula kelihatan pada 26 Oktober – yang berlaku dua kali pada 1955 dan 2016.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kyodo News

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Lokal

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd