Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Letak Kalimah Allah Di Stokin Bukan Isu Remeh, Beri Kepercayaan Pihak Berkuasa Siasat

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta umat Islam di negara ini bertenang dan memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat isu penjualan stokin tertera kalimah Allah di rangkaian kedai serbaneka KK Mart.

Menurut laporan Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihak berkuasa turun tangan bagi mengenal pasti punca, pihak yang bertanggungjawab selain niat di sebalik perbuatan itu.

 

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak polis, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan menjalankan siasatan.
“Saya rasa sedih dan dukacita dengan apa yang berlaku,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa terdapat pihak yang menyatakan jangan terlampau sensitif dengan isu Allah letak di stokin tetapi ini tidak boleh dibiarkan, terutama perbuatan tersebut dilakukan pada Ramadan.

“Allah ini satu kalimah yang sangat tinggi di mata orang Islam.
“Allah adalah pencipta kita dan perbuatan meletakkan Allah di kaki adalah satu penghinaan yang tidak boleh kita remehkan,” ujar beliau.

Foto: Bernama

Mohd Na’im berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdulaziz Al-Saud semalam.

Beliau juga memberitahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk memanggil wakil pengurusan KK Mart untuk berbincang dan membantu siasatan bagi memastikan insiden khianat sedemikian tidak berulang kembali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Na’im turut berkata, walaupun pihaknya sudah menerima surat permohonan maaf daripada syarikat itu, namun beliau menegaskan supaya KK Mart tidak ambil remeh tentang perkara sebegini dan mana-mana jabatan audit perlu meneliti dahulu barang yang dibawa masuk.

“Diharap KK Mart dan pemborong serta penjual lain harus mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.
“Ia sangat sensitif, kena beri ruang kepada umat Islam (untuk memaafkan perbuatan ini),” tambahnya.

Sebelum ini, tular gambar stokin yang tertera kalimah Allah dijual di KK Mart Bandar Sunway selepas ia dimuat naik oleh pengguna di media sosial sejak 13 Mac lepas.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart Datuk Seri Dr KK Chai sudah tampil memohon maaf pada Sabtu lepas.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd