Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lepas Setahun Timang Zuriat, Priyanka Chopra & Nick Jonas Dedah Wajah Anak

Selepas setahun menimang cahaya mata hasil menggunakan khidmat ibu tumpang, pelakon antarabangsa, Priyanka Chopra dan suaminya, Nick Jonas akhirnya mendedahkan juga wajah anak perempuan mereka yang sudahpun berusia setahun.

Letak emoji gambar anak tiap kali post gambar

Sebelum ini, pasangan selebriti itu memilih untuk menyorokkan wajah anak mereka dengan meletakkan emoji setiap kali membuat posting di media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by Priyanka (@priyankachopra)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akhirnya kongsi wajah anak perempuan

Namun, menerusi posting terbaru pelakon berasal dari India itu di Instagram, dia telah berkongsi video sewaktu hadir ke Star Caremony bagi meraikan Jonas Brothers Hollywood Walk of Fame.

Dalam video yang dikongsikan, Priyanka dilihat memangku anak perempuannya yang diberi nama Malti Marie.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Priyanka (@priyankachopra)

Pendedahan wajah Malti telah menjadi perbualan hangat media tempatan apabila rata-rata memuji kecomelan anak pasangan tersebut yang tidak pernah didedahkan sebelum ini.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by E! News (@enews)

Untuk rekod, Nick Jonas dan Priyanka telah berkahwin pada 1 Disember 2018. Selepas tiga tahun berumah tangga, mereka memaklumkan telah menimang seorang cahaya mata perempuan dengan menggunakan khidmat ibu tumpang pada awal tahun 2022.

Sejak dari itu, mereka tidak pernah mendedahkan wajah anak perempuan mereka yang diberi nama Malti Marie Chopra Jonas kepada umum dan kerap meletakkan emoji apabila berkongsi gambar bersama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram priyanka Chopra, enews

 

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan setakat 7 malam waktu Malaysia, kapal Tam Tam tidak dipintas, namun dirosakkan oleh rejim Israel, dengan semua aktivis...

Lokal

Persiaran Pantai Sinaran di kawasan pembangunan The Light City, Gelugor kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Persiaran Chin Fung Kee, sebagai tanda penghargaan terhadap...

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd