Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lepas Nekad Iklan Jual Ginjal, Guru Akhirnya Terima Bayaran Gaji Tertunggak 2 Bulan

Seorang guru di Boalemo, dalam wilayah Gorontalo akhirnya menerima gaji yang tertunggak selama 2 bulan sehingga dia terpaksa memuat naik iklan menjual buah pinggang sendiri kerana sudah tiada biaya untuk persekolahan anak-anaknya.

Nekad iklan jual buah pinggang

Menerusi media sosialnya baru-baru ini, Nurhayati Saidi telah iklan tersebut selepas berasa geram dengan pihak sekolah yang tidak membayar gajinya selama 2 bulan.

Dah terima gaji lepas viral

Namun begitu, memetik laporan dari detiksulsel, selepas perkongsian tersebut viral dia sudahpun mendapat gajinya dan  Pejabat Pendidikan Daerah Boalemo mengaku telah memanggil guru berkenaan serta menasihatinya agar tidak mengulangi kesilapan serupa pada masa akan datang.

“Pihak kami sudah memanggil guru tersebut bagi menasihatinya dan mendapatkan penjelasan mengenai tindakannya yang mahu menjual buah pinggang menerusi akaun media sosial,” kata Ketua Pembangunan Guru dan Kakitangan Pendidikan Pejabat Pendidikan Boalemo, Rikpson Utiarahman.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, isu kelewatan dalam pembayaran gaji itu adalah disebabkan oleh isu pentadbiran, namun gaji semua guru termasuk Nurhayati Saidi sudahpun dibayar.

Selain daripada guru wanita itu, ada sebilangan guru lain lagi di daerah tersebut tidak menerima gaji selama tiga bulan tanpa diberikan alasan yang jelas daripada pemerintah.

Sumber: detiksulsel 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd