Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lepas Ganja & Propofol, Yoo Ah In Disahkan Positif Kokain, Ketamin Pula

Sebelum ini, pelakon Korea Selatan Yoo Ah In terjebak dalam penyalahgunaan dadah jenis ganja dan popofol namun, baru-baru ini aktor itu telah disahkan positif ganja kokain dan ketamin pula.

Menurut laporan Kosmo, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh pihak polis Korea Selatan yang memaklumkan pelakon itu mengambil kokain dan ketamin selepas ujian makmal terhadap rambutnya.

Bukan itu sahaja, polis kini sedang menyemak rekod preskripsi ketamin bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kekerapan dia mengambil bahan terlarang itu.

Sebelum ini, Yoo Ah In atau nama sebenarnya Uhm Hong-sik didapati positif dadah sejenis ganja malah ujian rambut diberikan kepada Unit Siasatan Narkotik Agensi Polis Metropolitan Seoul oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, sejak awal Februari lalu, pelakon filem Hellbound itu telah disiasat pihak berkuasa kerana telah menggunakan dadah propofol secara haram.

Apa yang lebih mengejutkan, polis pernah membuat serbuan terhadap beberapa premis kesihatan di Seoul yang dipercayai membekalkan dadah kepada Yoo Ah In.

Sumber: Kosmo Online (Nur Al-Faizura Syarfa Nor Saidi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd