Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki Tersedar Kereta Baru Yang Dibeli, Rupanya Kereta Miliknya Yang Dicuri

Seorang lelaki di United Kingdom terkejut kereta baharu yang dibeli sebenarnya adalah kereta miliknya sendiri yang telah hilang akibat dicuri dua bulan lalu.

Menurut laporan Mail Online, Ewan Valentine, 36, membeli sebuah Honda Civic hitam dengan harga £20,000 (kira-kira RM116,474) selepas keretanya dicuri di halaman rumah pada Februari lalu.

Foto: Mail Online

Pada mulanya, dia berasa teruja kerana berjaya menemui model, warna, dan tahun keluaran kereta yang sama seperti miliknya yang hilang.

“Ia memang kereta impian saya. Bukan mudah nak cari model ini, jadi saya nekad mencari penggantinya,” katanya yang bekerja sebagai jurutera perisian.

Namun, kegembiraannya bertukar menjadi curiga apabila dia menemui beberapa barang peribadi dalam kereta tersebut seperti pasak khemah, cebisan pokok Krismas, dan pembalut coklat lama.

Lebih mengejutkan, sejarah sistem navigasi dalam kereta itu turut menyimpan alamat rumah ibu bapanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun kereta itu memiliki nombor pendaftaran baharu dan catatan perbatuan yang lebih rendah, semua petunjuk tersebut membuatkan Ewan yakin bahawa itu kereta asal miliknya yang dicuri.

Foto: Mail Online

“Semuanya sangat serupa dengan apa yang ada dalam kereta saya yang hilang dahulu.
“Saya hampir kemalangan kerana terlalu terkejut. Tangan saya menggeletar, jantung berdegup laju.
“Saya rasa seperti mendapat kemenangan sekejap, macam rasa hebat sebab dapat kereta semula. Tetapi lepas fikir balik, sebenarnya saya dah buat sesuatu yang agak bodoh,” ujarnya.

Ewan kemudian membawa kereta itu ke pusat servis Honda di Solihull untuk pemeriksaan lanjut sebelum membuat laporan polis berhubung penemuan luar biasa itu.

Sumber: Mail Online

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd