Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki Serang Ariana Grande Di Singapura Dibebaskan, Bukan Pertama Kali Terjah Artis Terkenal

Insiden serangan terhadap penyanyi dan pelakon Ariana Grande ketika majlis tayangan filem Wicked: For Good di Singapura pada Khamis telah menjadi perhatian ramai dan menimbulkan kebimbangan di kalangan peminat.

Memetik laporan mStar, suspek yang dikenali sebagai Johnson Wen itu menerima kecaman teruk namun meluahkan rasa bangga setelah dirinya dibebaskan selepas menjadi dalang di sebalik kekecohan di majlis tersebut.

Lelaki serang Ariana dibebaskan

Lelaki serang Ariana dibebaskan

“Saya bebas secepat ditahan,” tulisnya Johnson Wen di Instastory.

Bukan itu sahaja, Johnson juga dipercayai memuat naik rakaman memperlihatkan dirinya menyerang Ariana yang sedang berjalan kerpet merah bersama pelakon lain.

Menerusi hantaran berkenaan, Johnson mengucapkan terima kasih kepada pelakon utama filem itu kerana didakwa membenarkan tindakan luar kawalan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Wahai Ariana Grande, terima kasih kerana beri peluang kepada saya menderu masuk ke karpet merah bersamamu,” jelasnya.

Perkongsian itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat yang merisaukan keselamatan penyanyi berkenaan malah kejadian itu bukan kali pertama dilkukan olehnya kerana pernah bertindak agresif terhadap selebriti lain dalam majlis berprestij sebelum ini.

Jun lalu, dia melakukan perkara sama apabila secara tiba-tiba naik ke atas pentas dalam konsert penyanyi Katy Perry di Sydney, Australia.

Tahun lalu pula, dia pernah dikenakan bayaran denda gara-gara menyerang konsert The Weeknd. Malah Johnson juga pernah membuat kecoh di Sukan Olimpik Paris 2024 ketika acara 100 meter lelaki.

Artikel lain: Berbeza Pendapat, Ariana Grande & Suami Bercerai Selepas Dua Tahun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Johson sengaja menjadikan tindakannya itu sebagai bahan konten di media sosial untuk menarik perhatian orang ramai.

Sumber: mStar

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd