Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Ditahan Cederakan Pekerja Pembersihan Guna Senapang Tiruan

Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai menembak pekerja pembersihan dengan menggunakan senapang tiruan sehingga menyebabkan kecederaan di kawasan taman perumahan di Luyang, Kota Kinabalu, pagi semalam.

Menurut satu laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal telah mendapati mangsa bersama dengan dua rakannya sedang berehat daripada melakukan pekerjaan momotong rumput.

Foto: KupiKupi FM

“Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, lelaki terbabit dikatakan menembak mangsa berusia 23 tahun yang sedang berehat bersama rakan di luar perkarangan rumah.
“Mangsa tiba-tiba mendakwa berasa sakit di bahagian lengan kanan dan berlaku pendarahan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa memberitahu tidak mendengar sebarang bunyi tembakan kerana sewaktu kejadian berlaku, kawasan persekitaran diganggu dengan bunyi bising dari mesin rumput.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Akibat kejadian berkenaan, mangsa mengalami kecederaan luka di lengan dan badan,” ujar beliau.

Foto: Buletin TV3

Kasim juga turut memaklumkan bahawa pihak polis sudah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dan merampas beberapa senjata tiruan termasuklah tiga buah bilah kerambit buatan sendiri yang dijumpai di bilik suspek.

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960,” ujarnya lagi.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menyimpan, memiliki atau menggunakan sebarang bentuk senjata tiruan kerana salah di sisi undang-undnag dan boleh dikenakan tindakan ke  atas setiap kesalahan tersebut.

Sumber: Buletin TV3 (Safwan Sawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sosial

Isu pempengaruh Ammar Nazhan yang didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok terus menjadi perhatian ramai apabila orang ramai mempersoalkan tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd