Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lee Si-young Umum Hamil Anak Kedua Selepas Disahkan Bercerai

Lee Si-young hamil anak kedua

Pelakon Korea Lee Si-young mengumumkan sedang hamil anak kedua melalui proses pemindahan embrio setelah bercerai bersama bekas suaminya pada Mac lalu.

Lee Si-young hamil anak kedua

Lee Si-young hamil anak kedua

Lee yang kini sedang menjalani rawatan pranatal iaitu penjagaan sebelum bersalin difahamkan mempunyai keinginan yang kuat untuk menimang cahaya mata kedua dan terpaksa meninggalkan beberapa tabiat buruknya seperti ketagihan minuman keras.

Dalam pada itu, menurut bekas suaminya, mereka masih berhubung baik biarpun sudah tidak bersama demi masa depan anak-anak namun kurang bersetuju dengan tindakan aktres itu yang hamil anak kedua setelah mereka telah disahkan bercerai.

“Dia sudah putuskan untuk hamil sekali lagi biarpun saya tidak bersetuju dengan tindakan itu tetapi zuriat itu tetap anak saya dan sebagai seorang bapa saya akan bertanggungjawab dan cuba berikan yang terbaik,” katanya.
Lee Si-young hamil anak kedua

Foto: Reddit

Artikel lain: Kekasih Song Joong-Ki Hamil? Agensi Malas Masuk Campur Hal Peribadi

Difahamkan, berita itu diumumkan oleh Lee menerusi akaun Instagram miliknya bahawa dia sedang hamil anak kedua hasil simpanan embrio lima tahun lalu bersama bekas suami dan tindakan itu dibuat tanpa mendapatkan persetujuan daripada bekas suaminya sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Lee Si Young menikah bersama suaminya pada September 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jung Yoon sebelum berpisah pada Mac tahun ini.

Sumber: Allkpop

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd