Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lee Seung Gi Dan Lee Da In Selamat Bergelar Pasangan Suami Isteri

Aktor kacak Korea Selatan, Lee Seung Gi telah sah bergelar suami kepada aktres, Lee Da In apabila melangsungkan perkahwinan di Hotel Grand Intercontinental Seoul Parnas, Gangnam-gu, Seoul.

Majlis dibuat secara tertutup

Memetik laporan dari My Daily, mereka telah bernikah secara tertutup dan hanya dihadiri oleh orang terdekat sahaja.

Pelakon, Son Ji-chang bertindak sebagai juruacara majlis makala komedian, Yoo Jae-suk telah menjadi hos untuk bahagian pertama sebelum diteruskan oleh Lee Soo-geun untuk segmen kedua.

Lee Seung Gi juga telah menyampaikan lagu bersempena hari bahagianya dan beberapa artis ternama seperti Lee Juk, Lee Hong-ki F.T. Island turut membuat persembahan untuk meraikan mempelai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sempat berlutut  ketika menyanyi

Menerusi video yang dikongsi kdrama dairy, pelakon drama The Law Cafe itu dilihat telah berlutut dan melamar Lee Da In sewaktu menyanyikan lagu sebelum masing-masing bertukar janji setia sebagai pasangan suami isteri.

“Mahukan awak mengahwini saya? Hidup seumur hidup bersama saya? Kita berdua bercinta sebaiknya, miliki anak seperti saya dan awak, hidup seribu tahun tanpa berasa sakit.” ujarnya romantis.

Ucapan tahniah tidak henti-henti daripada rakan artis, keluarga dan juga para peminat dari seluruh dunia diatas perkahwinan pasangan sejoli ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Lee Seung Gi dan Lee Da In telah mengumumkan pernikahan mereka pada Februari lalu apabila menyatakan kepada media bakal mendirikan rumah tangga pada 7 April 2023.

Mereka dikhabarkan mulai dekat apabila bekerja bersama sekita 2021 sebelum menjadi pasangan kekasih.

Sumber: mydaily, Twitter kdrama daily

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika turun...

Lokal

Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki...

Dunia

Pengasas Seven-Eleven Japan yang dikenali sebagai tokoh penting dalam industri kedai serbaneka Jepun, Toshifumi Suzuki, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 18 Mei lalu...

Lokal

Kegiatan tidak bermoral melibatkan pesta gay dan parti dadah yang dipercayai berlangsung di sebuah hotel mewah sekitar ibu negara terbongkar selepas polis menahan seramai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd