Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lebih Sebulan Hilang, Rupanya Adik Muhammad Khairul Ikhwan Ada Di Rumah Jiran

. Misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid, 11, sejak 26 Oktober lalu terjawab apabila ditemui selamat di rumah jirannya.

Memetik laporan Sinar Harian, kanak-kanak lelaki itu ditemui di rumah jirannya yang juga terletak  di salah satu blok Desa Mentari, semalam.

“Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid, 11, ditemui di sebuah rumah seorang warga emas di salah satu blok flat di lokasi berkenaan,”ujar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Tambah Mohamad Fakhrudin, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat dan dia juga sering keluar rumah semasa ibu bapanya keluar bekerja.

“Rutinnya yang selalu keluar rumah menyebabkan ibu bapanya lewat membuat laporan polis iaitu pada 24 November lalu meskipun tidak pulang ke rumah sejak 26 Oktober,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

hilang rumah jiran

Terdahulu, polis giat mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Dilaporkan, kali terakhir kanak-kanak itu dilihat adalah ketika berada di sebuah flat di Desa Mentari pada jam 1.30 tengah hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kes Hilang COD IPhone: Pihak Polis Minta Mangsa & Tunang Tampil Bantu Siasatan

Sumber: Sinar Harian ( Muhammad Aminnuraliff)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd