Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lakaran Fotofit Suspek Simbah Asid Didedahkan, PDRM Minta Orang Ramai Beri Maklumat

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan lakaran fotofit salah seorang suspek simbah asid yang melibatkan mangsa iaitu tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim sekali gus meminta orang ramai untuk memberi maklumat lanjut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan bahawa sekiranya orang ramai mengenali atau memiliki maklumat berkenaan dengan individu berwajah seperti yang dipaparkan diminta untuk membantu pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Foto: Astro Awani

Razarudin turut menjelaskan umur serta ciri-ciri yang terdapat pada individu berkenaan bagi memudahkan orang ramai mengesan suspek terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suspek tersebut berumur 30 tahun dengan ketinggian beranggaran 165 sentimeter, berkulit sawo matang dan memiliki saiz susuk badan yang sederhana.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit tersebut diminta untuk menghubungi  pegawai peyiasat kes atau tampil ke mana-mana Balai Polis berhampiran bagi membantu PDRM membuat siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

https://www.instagram.com/p/C7JwYI8yMVu/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Tambahnya lagi, orang ramai diminta untuk terus menghubungi Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) iaitu Inspektor Jagachandran A/L Murugesen menerusi talian 012-6848166 atau 03-22666071.

Sumber: Instagram @pdrmsia_official

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Dunia

Salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotila (GSF) 2.0, Razman Mat Ali perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd