Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka Di 11 Lebuhraya Bermula 29 September

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah merasmikan pelancaran sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) di Plaza Tol Loke Yew, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), hari ini.

Ia sejajar dengan kempen MYJalan yang dilaksanakan bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya dan akan bermula pada 29 September bagi pengguna kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian)

“SPT merupakan inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuh Raya ke arah memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya membuat bayaran tol menggunakan kad yang mempunyai logo MyDebit, Visa atau Mastercard.
“Sekali gus memberi alternatif baharu kepada pembayaran tol sedia ada menggunakan kad Touch ‘n Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID).
“Lorong SPT telah dibuka kepada pengguna semasa Ujian Rintis Awam secara berperingkat di lebuh raya- lebuh raya terpilih mulai 3 Ogos 2023 bagi menguji kefungsian dan keberkesanan sistem,” katanya dalam satu kenyataan.

https://www.facebook.com/watch/?v=853595186027374

Sementara itu, pelaksanaan SPT di Jambatan Pulau Pinang (JPP) dijangka bermula pada penghujung tahun 2023 bagi membolehkan penelitian dan perincian lanjut dibuat oleh syarikat konsesi demi kemudahan pengguna lebuh raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, KKM/LLM menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mengaktifkan terlebih dahulu ‘contactless payment’ bagi kad yang akan digunaakan dan pastikan berada di lorong yang mempunyai logo MyDebit, Visa atay Mastercard pada papan tanda.

Di samping itu, kerajaan berharap agar pelaksanaan SPT memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya di samping membantu melancarkan transaksi pembayaran tol sedia ada.

Antara 11 lebuh raya terlibat adalah Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).

Selain itu, SPT terletak di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Iffa Sabrina
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd