Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Tidak Pernah Sekat Kebebasan Akademik Di Negara – Menteri Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hanya mempersoalkan tindakan menjemput pensyarah luar negara yang terkenal dengan kontroversi dan tidak pernah menyekat kebebasan akademik di negara ini.

Menurut laporan Berita Harian, menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, tindakan individu terbabit adalah salah kerana dapat mencetuskan kesan negatif dan memburukkan imej Malaysia.

Foto: FB Zambry Abd. Kadir

“Saya tidak mahu mengatakan perlu rujuk (kepada KPT), ini soal kebebasan di universiti dan kita perlu hormati tetapi paling penting kalau kita nak jemput sesiapa, perlu periksa latar belakang, apa kepakaran, dalam bidang apa, adakah benar-benar sarjana yang dihormati,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Tautan Kasih Aidilfitri KPT 2024 yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pagi tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zambry berkata berkaitan latar belakang pensyarah tersebut, yang mana terdapat beberapa penulisannya dipertikaikan orang ramai kerana mengandungi unsur-unsur kolonialisme dan imperialisme.

“Jadi kenapa boleh benarkan individu ini untuk datang dan mengajar kita sedangkan kita ada ramai pensyarah yang lebih baik dan bagus di Malaysia,” ujar beliau.

Foto: FB Zambry Abd. Kadir

Sementara itu, beliau turut mengulas kenyataan seorang profesor dari universiti tempatan yang berkata Universiti Malaya (UM) tidak perlu mengemukakan permohonan maaf kerana bertindak menjemput seorang pensyarah dari Amerika Syarikat (AS), iaitu Bruce Gilley.

Terdahulu, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) menggesa pentadbiran UM untuk memberi penjelasan berhubung tindakan universiti yang membenarkan seorang profesor (pro-Israel) Dr Bruce Gilley diundang sebagai penceramah jemputan ke universiti tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd