Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KPN Sahkan Zamri, Tamim, Mahendran & Arumugam Akan Didakwa Esok

Empat individu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret secara berasingan esok berikutan kenyataan berbaur provokasi yang mencetuskan perdebatan berkaitan agama dan perkauman, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Beliau menjelaskan, kertas siasatan telah disiapkan dan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara serta Pengarah Pendakwaan Negeri selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

 Zamri, Tamim, Mahendran & Arumugam Akan Didakwa Esok

Antara individu terlibat ialah Zamri Vinoth, yang akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung kenyataan mengenai perhimpunan di perkarangan Kompleks Sogo pada 7 Februari lalu.

Tamim Dhari pula akan didakwa di Mahkamah Majistret Langkawi, Kedah berkaitan tindakan merosakkan Soolam, simbol suci agama Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, P. Mahendran Bhoopathy akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan manakala D. Arumugam pula akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang.

Artikel lain: Guna Dokumen Sah! Zamri Vinoth, Tamim Dahri Kesan Berada Di Selatan Thailand

Tambah Mohd Khalid, pihak polis mempunyai maklumat risikan bahawa Tamim dipercayai telah meninggalkan negara dan berada di Thailand.

Beliau menekankan bahawa usaha untuk membawa pulang individu terbabit akan dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa negara jiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan yang boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” tegas Mohd Khalid.

Sumber: Malaysia Gazette (Norayuni Johari)

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd