Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPM Tidak Bertolak Ansur Kes Salah Laku Seksual Libatkan Guru, Murid

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertolak ansur dan memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, KPM menyatakan kesediaan bagi memberi kerjasama penuh ke atas siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap salah laku seksual di sebuah institusi pendidikan.

Foto: Media Sosial

“Kes ini berada dalam perhatian KPM dan tindakan telah diambil mengikut garis panduan sedia ada,” katanya hari ini.

KPM turut menyeru kepada semua pihak untuk melaporkan kes jenayah seksual yang berlaku di institusi pendidikan supaya tindakan tegas dapat diambil sepenuhnya ke atas mereka yang terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual di institusi pendidikan KPM.
“Institusi pendidikan bawah KPM diminta untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang berkuatkuasa bertujuan untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan murid,” tambahnya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung seorang guru wanita didakwa melakukan salah laku seksual terhadap seorang murid lelaki berusia 16 tahun (kini 17 tahun) di sebuah sekolah menengah di daerah Sepang.

Foto: Media Sosial

Gru wanita berusia 37 tahun itu dilaporkan memeluk dan mencium leher murid tingkatan empat di perpustakaan sekolah sehingga meninggalkan kesan kemerahan sekitar Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada ibu mangsa pelajar lelaki berkenaan berusia 46 tahun yang juga merupakan ibu tunggal pada 12 Disember tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahagian Siasatan Jenayah menjalankan siasatan selepas laporan dibuat mendapati kejadian itu berlaku jam 4.30 petang dan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd