Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKR Berjaya Selesaikan 2,345 Kes Daripada 12,245 Aduan Di Aplikasi MYJalan

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menerima sebanyak 12,245 aduan berkaitan jalan raya menerusi aplikasinya iaitu MYJalan KKR.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata aduan itu termasuklah kerosakan jalan raya, lampu isyarat adn lampu jalan, papan tanda, perabot jalan, kemudahan awam dan sebagainya.

KKR Selesaikan Aduan Di Aplikasi MYJalan

“Daripada jumlah keseluruhan aduan yang diterima, hanya 25.91 peratus atau 3,173 aduan membabitkan jalan di bawah seliaan agensi KKR.
“Manakala 74.09 peratus atau 9,072 aduan adalah melibatkan Jalan Bandaran (PBT), Jalan Kampung (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Jalan Pertanian (Jabatan Pengairan dan Saliran) dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Penggulunggan Menteri di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, sebanyak 2,345 aduan telah diselesaikan oleh agensi KKR dengan 2,193 atau 93.52% selesai dalam tempoh satu hingga 30 hari, manakala 828 lagi aduan dalam proses tindakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Import Lateks Tinggi Punca Penutupan Goodyear, Kerajaan Bakal Tingkatkan Pengeluaran Susu Getah

Alexander juga berkata KKR telah menerima sokongan daripada Menteri Besar Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Timbalan Premier Sarawak dan Menteri Besar Perak.

KKR selesaikan 2,345 kes daripada 12,245 aduan di aplikasi MYJalan

KKR Selesaikan Aduan Di Aplikasi MYJalan

“Kami tidak mahu lagi ‘work in silo’ apabila melibatkan risiko nyawa dan kepentingan rakyat.
“Kita perlu bekerja sebagai ‘whole of government approach’ asalkan matlamat kesejahteraan rakyat tercapai,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan bahawa sehingga 31 Disember 2023 lalu, sebanyak 2,118 projek fizikal pembinaan telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“589 projek dalam peringkat pra-pembinaan, 772 projek sedang dalam pembinaan dan 757 projek telah siap.
“Bagi projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubahsuai dan NaikTaraf (PPUN) pula, sebanyak 9,349 bilangan kerja telah dilaksanakan oleh JKR bernilai RM3.42 bilion pada tahun 2023,” katanya.
Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow mewasiatkan sejumlah wang dan harta kepada dua aktres wanita memandangkan dia tidak mempunyai pewaris harta bagi kekayaannya. Vnexpress...

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Lokal

Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial menggunakan nama ‘Muhammad Imran Suresh’ yang mendakwa memiliki maklumat berhubung kes pemain bola sepak, Faisal Halim...

Spotlight

Baru-baru ini tular video mengenai seorang jurugambar Met Gala dilihat tidak menghormati ahli kumpulan K-pop, Stray Kids ketika mereka melalui karpet merah untuk sesi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd