Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKM Siasat Satu Lagi Kes Doktor Meninggal Dunia Disyaki Dibuli

Satu lagi kes kematian melibatkan seorang pengamal perubatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, sedang disiasat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang didakwa berpunca daripada dibuli ketika dalam perkhidmatan.

Foto: Facebook Dr Dzulkefly Ahmad

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad mendedahkan berkenaan siasatan dalaman kes tersebut dibuat sejurus aduan mengenai perkara itu diterima pihaknya.

Beliau juga berkata tidak menolak kemungkinan penubuhan jawatankuasa bebas bagi meneliti kes terbabit secara menyeluruh sebelum tindakan lanjut diambil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dzulkefly menjawab soalan tambahan daripada Jawatankuasa Kesihatan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) ketika sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya maklum ada pihak mendakwa KKM lewat mengambil tindakan bagi membendung kes buli dalam kalangan pengamal perubatan, tetapi kementerian sebenarnya terus membuat siasatan dalaman sejurus menerima aduan, sama seperti dilakukan pada 2018.
“Ini termasuk kes yang tidak diketahui Yang Berhormat di mana ada kes kematian di Hospital Seberang Jaya, dikatakan akibat dibuli dan saya sedang menunggu dapatan daripada siasatan dalaman yang dilakukan,” katanya.

Beliau turut mengulas dakwaan kelewatan tindakan yang diambil oleh pihak KKM dalam membendung gejala buli dalam kalangan doktor sehingga menyebabkan kejadian sedemikian kerap terjadi berulang kali.

Sumber: Berita Harian (Muhammad Yusri Muzamir)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd