Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kilang Continental Henti Operasi, 950 Pekerja Bakal Hilang Sumber Pendapatan

Kilang Continental akan menghentikan kerja-kerja pembuatan tayar di Alor Setar, Kedah menjelang hujung tahun 2025.

Kilang Continental Malaysia henti operasi

Kilang Continental

Sebelum ini, Continental merupakan syarikat pengeluar untuk tayar kereta penumpang, trak ringan Asia Pasifik serta tayar motosikal.

Menurut laporan Harian Metro, Continental berkata matlamat syarikat adalah untuk menyokong pekerjanya dengan memberi bantuan seperti kaunseling kerjaya serta meneroka peluang pekerjaan yang yang berpotensi sama ada dalam Continental ataupun syarikat luar.

Buat masa ini, seramai 950 orang staf yang masih bekerja di fasiliti berkenaan dan dipercayai bakal kehilangan sumber pendapatan utama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kilang Continental

“Keputusan untuk menutup kilang tayar Continental di Alor Setar adalah hasil daripada semakan perniagaan secara terperinci yang bertujuan untuk melindungi daya saing, serta prestasi perniagaan syarikat di rantau Asia Pasifik (APAC).
“Usaha ini juga dilaksanakan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan pelanggan. Syarikat juga berhasrat untuk mengoptimumkan portfolio produk tempatan dan memantau pengeluarannya,” kata Continental dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya memberitahu bahawa Malaysia masih kekal menjadi pasaran utama bagi Continental di rantau Asia Pasifik kerana ia merupakan kawasan pertumbuhan yang begitu strategik.

“Syarikat ini sekali lagi menegaskan komitmennya terhadap pelanggan dan rakan niaga, dengan menekankan bahawa hubungan jangka panjang serta kepercayaan kekal sebagai teras utama perniagaan di negara ini.
“Rantau Asia Pasifik merupakan kawasan pertumbuhan strategik bagi Continental. Dengan rangkaian pembuatan tayar yang kukuh, syarikat akan memberikan perkhidmatan yang sama kepada pelanggan penggantian serta pelanggan peralatan asal,” ujarnya.

Kilang Continental

Artikel lain: Beroperasi Lebih 120 Tahun, Dua Kilang Kicap Dan Sos Ditutup 14 Hari Susulan Penemuan Najis Tikus

Difahamkan, selain di Alor setar terdapat juga negara lain lain yang menjadi tempat pembuatan tayar di rantau ini anataranya Hefei (China), Rayong (Thailand), Modipuram (India), Kalutara (Sri Lanka), dan Petaling Jaya (Malaysia).

Untuk info, Kilang tayar di Alor Setar memulakan operasinya pada 20 Disember 1979 dan sejak Mei 2012, kilang ini menjadi anak syarikat milik penuh Continental. Fasiliti pembuatan ini meliputi kawasan seluas kira-kira 133,000 meter persegi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Lokal

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan orang ramai, termasuk dakwaan terdapat warga Israel...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd