Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ketua Balai Wajib Tangkap Penagih Setiap Hari, Gagal KPI Berdepan Tindakan!

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu menahan sekurang-kurangnya seorang penagih setiap hari bermula 15 Julai lalu.

Menurut laporan BH Online, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pendekatan yang lebih tersusun dan berfokus itu melibatkan semua peringkat pasukan polis, dengan tugasan khusus mengikut tanggungjawab masing-masing.

Foto: Janaan AI

Beliau berkata, ketua balai akan memberi tumpuan kepada tangkapan penagih, manakala di peringkat ibu pejabat polis daerah (IPD) pula fokus diberikan kepada pengedar dan tokan.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) akan menumpukan usaha memburu rangkaian pembekal dadah berskala lebih besar.

“Menerusi pelan strategi ini, di peringkat balai iaitu ketua balai fokus kepada tangkapan penagih, manakala di peringkat ibu pejabat polis daerah (IPD) pula membabitkan tangkapan pengedar serta tokan, manakala di peringkat IPK, membabitkan yang lebih besar seperti pembekal dadah.

“Kita mempunyai 56 balai, takkan ketua balai tidak tahu berapa ramai penagih di kawasan mereka? Jika dia tidak tahu dia bukan seorang ketua balai dan tidak bekerja. Setiap hari mereka perlu memainkan peranan dan tahan seorang penagih.

“Kita akan melihat keberkesanan pelan strategi ini dalam masa tiga bulan iaitu Oktober nanti. Saya yakin dengan kaedah ini, pengedar dadah akan takut dan lari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Foto arkib: Bernama

Menurut Mohd Yusoff, sebelum ini sasaran tangkapan penagih di Kelantan ditetapkan pada kadar 85 orang sehari, namun pendekatan berkenaan didapati kurang efektif kerana membebankan pasukan siasatan di peringkat kontinjen.

“Pendekatan sebelum ini menyebabkan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di peringkat IPK berdepan kekangan masa untuk menjalankan risikan.

“Jadi menerusi kaedah baru ini yang lebih fokus dan bersasar bagi setiap peringkat, di peringkat IPK, mereka ada masa untuk menjalankan risikan bagi mengesan pembekal dadah.

“Ini jihad saya dan sekiranya isu dadah ini selesai, maka kes jenayah lain juga akan dapat ditangani,” ujarnya.

Foto: Janaan AI

Sumber: BH Online (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd