Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Tembak Cheras: Polis Masih Buru Suspek, 19 Individu Selesai Beri Keterangan

Polis masih buru suspek kes tembak Cheras

Polis memaklumkan bahawa 19 individu telah selesai memberi keterangan berhubung pembunuhan dua individu di hadapan sebuat pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras minggu lalu.

Polis masih buru suspek kes tembak Cheras

Polis masih buru suspek kes tembak Cheras

Foto: DayakDaily

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, memberitahu pihak polis masih memburu suspek dan usaha mengesan kumpulan suspek bertopeng itu masih giat dilakukan.

“Buat masa ini, tiada tangkapan dan polis masih berusaha untuk kenal pasti suspek-suspek terbabit. Polis juga sudah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan,” kata Aidil di Kuala Lumpur hari ini.

Aidil berkata pihaknya masih belum dapat mengesahkan keberadaan suspek sama ada masih berada di dalam negara mahupun sudah melarikan diri ke negara jiran.

Polis masih buru suspek kes tembak Cheras

Difahamkan kejadian jam 12.48 tengah malam pada 17 Jun lalu, melibatkan sekumpulan lelaki bertopeng ski berwarna hitam telah melepaskan tembakan dari sebuah kenderaan Perodua Alza terhadap dua lelaki warga tempatan berusia 40-an yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Artikel lain: Polis Sahkan Dua Kes Tembak KL Libat Unsur Kongsi Gelap

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk info, insiden tersebut berlaku empat hari selepas kejadian tembakan di Brickfields menyebabkan seorang lelaki maut dan siasatan awal polis mendapati kejadian tembak membabitkan dua lelaki di Cheras dipercayai akibat aktiviti penyeludupan di Sibu, Sarawak.

Sumber: Berita Harian (Raja Noraina Raja Rahim)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Dunia

Salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotila (GSF) 2.0, Razman Mat Ali perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd