Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Plat MADANI: Mahkamah Putuskan JPJ Langgar Hak Cipta, Diarah Bayar RM40,000

Mahkamah Tinggi memutuskan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertanggungjawab atas pelanggaran hak cipta membabitkan penggunaan bahan promosi bagi program bidaan nombor pendaftaran khas MADANI.

Karya seni digunakan tanpa kebenaran

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Hakim Datuk MM Edwin Paramjothy memerintahkan Pengarah Program Ilham Madani Sdn Bhd, Hasan Azhari Hashim selaku plaintif diberikan ganti rugi statutori dan tambahan berjumlah RM40,000 selain kos sebanyak RM25,000.

Tindakan sivil itu difailkan pada 15 Januari 2025 selepas Hasan Azhari mendakwa karya seni promosi miliknya digunakan tanpa kebenaran ketika pelancaran program bidaan nombor pendaftaran khas MADANI oleh kerajaan.

Program bidaan awam guna bahan promosi tanpa kebenaran

Menurut peguam plaintif, Rajesh Nagarajan, anak guamnya sebelum ini telah menghasilkan cadangan siri nombor pendaftaran khas tersebut dan mendaftarkan karya berhak cipta bertajuk ‘Kertas Kerja Mewujudkan Nombor Plat Khas Kenderaan Bersiri MADANI 1 sehingga MADANI 9999 Untuk Didaftarkan Di Malaysia’ dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rajesh menyatakan cadangan itu telah dikemukakan kepada kerajaan beberapa kali namun ditolak atas pertimbangan dasar.

Walau bagaimanapun, kerajaan kemudiannya meneruskan program bidaan awam siri MADANI yang didakwa menggunakan bahan promosi berhak cipta milik Hasan Azhari tanpa mendapat kebenaran.

Sebelum ini, Hasan Azhari turut menghantar surat tuntutan kepada kerajaan bagi menuntut ganti rugi RM1.3 juta, bersamaan separuh daripada hasil jualan nombor plat berkenaan.

Untuk rekod, bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober 2024 berjaya mengutip RM2.62 juta dengan nombor MADANI 6 merekodkan bidaan tertinggi sebanyak RM68,888.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas keputusan mahkamah itu, Rajesh menyifatkan penghakiman tersebut membuktikan hak harta intelek tetap dilindungi walaupun melibatkan pihak berkuasa awam.

“Anak guam kami tidak pernah berniat menghalang kerajaan melaksanakan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat.
“Apa yang dituntut hanyalah pengiktirafan bahawa karya kreatif mendapat perlindungan undang-undang dan tidak boleh digunakan tanpa kebenaran,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pihak defendan mempunyai tempoh satu bulan dari tarikh penghakiman untuk memfailkan rayuan sekiranya berhasrat berbuat demikian.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa seseorang pemimpin yang berbohong kepada rakyat bukan sahaja melakukan dosa, malah dianggap mengkhianati kepentingan negara. Pertahan pencapaian pentadbiran...

Nasional

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya menghentikan segala bentuk aktiviti berkempen sebaik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd