Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Empat Sekeluarga Dibunuh, Tekanan Kewangan Dipercayai Punca

Tekanan kewangan dipercayai menjadi punca lelaki berusia 32 tahun membunuh ibu, isteri dan dua anaknya sendiri di kediaman mereka di Taman Cerating Damai, Kuantan pada 17 Februari lalu.

Menurut laporan BH Online, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 7 pagi secara spontan sebelum suspek mengambil keputusan membunuh diri.

Foto: Bernama

Yahaya berkata, asil siasatan awal mendapati suspek tidak berada di bawah pengaruh dadah dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan mental.

Beliau menjelaskan, polis turut merakam keterangan ahli keluarga, saudara-mara, jiran serta kenalan mangsa dan suspek bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Berdasarkan siasatan, suspek digambarkan sebagai seorang yang merendah diri, peramah dan tidak agresif.
“Tekanan hidup hingga menyebabkan suspek kemurungan dipercayai berpunca daripada masalah kewangan dilihat sebagai motif utama kejadian.
“Ujian darah mendapati tiada kesan dadah atau penyalahgunaan bahan terlarang serta suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan sejarah penyakit mental,” katanya.

Foto: Media sosial

Sementara itu, Yahaya berkata, hasil siasatan mendapati suspek pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya beberapa hari sebelum kejadian dan dikenakan saman trafik.

Siasatan kes masih dijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan meneliti petunjuk baharu selain polis juga menggesa orang ramai menghormati kesedihan keluarga mangsa serta tidak menyebarkan maklumat tidak tepat di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

Menurut maklumat, suspek sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori di Klang, Selangor, sebelum kembali ke Kuantan bersama isterinya yang berusia 33 tahun dan dua anak perempuan berusia dua dan lima tahun kira-kira sebulan lalu.

Selepas pulang ke rumah ibunya di Taman Cerating Damai, suspek menganggur seketika sebelum memulakan pekerjaan baru sebagai pengawal keselamatan kira-kira seminggu sebelum kejadian.

Sumber: BH Online (Fazli Ahmad)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Lokal

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menerusi Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) menzahirkan kebimbangan terhadap insiden tikaman membabitkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting,...

Sukan

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan kekecewaan mendalam terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 3-2 kepada Argentina dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd