Connect with us

Hi, what are you looking for?

Uncategorized

Kes Cucu Nik Aziz Didakwa Ditampar, Siasatan Diserahkan Kepada Polis Pahang

Siasatan berhubung dakwaan insiden melibatkan cucu Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa ditampar kini diserahkan kepada Polis Pahang untuk tindakan lanjut.

Siasatan lanjut sedang dijalankan

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menyatakan pihaknya hanya menerima laporan yang dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu sebelum kes tersebut dipindahkan untuk siasatan di negeri kejadian.

“Untuk siasatan lanjut, kita serah kepada Polis Pahang.
“Kita hanya terima laporan polis sahaja dan laporan dibuat di IPD Kota Bharu,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, cucu bekas Menteri Besar Kelantan itu mendakwa dia ditampar ketika menghadiri sebuah program rasmi universiti di Janda Baik, Pahang pada 20 Mei lalu.

Nik Alif Aiman Abdul Ariffahmi berkata kejadian berlaku sekitar jam 6 petang selepas tamat sesi ceramah sempena Program Pemerkasaan Bangsa 2.0 di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3 (Hidayatidayu Razali)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd