Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kes Aniaya Kucing, Ganjaran RM3,000 Bantu Kesan Suspek

Persatuan Haiwan Malaysia melalui Malaysia Animal Crime Transparency (MyAct) menawarkan ganjaran RM3,000 bantu kesan suspek kepada sesiapa yang boleh berikan maklumat mengenai kes aniaya kucing seperti yang tular di media sosial.

Perkara tersebut dimuat naik sendiri oleh laman Facebook persatuan tersebut yang memaklumkan terdapat dua kes penganiayaan kucing yang membabitkan dua lokasi yang berbeza iaitu menyimbah cat putih dan menghempuk dengan batu hingga pecah kepala.

Sebelum ini, kecoh di media sosial yang memaparkan seekor anak kucing telah disimbah cat berwarna putih yang ditemui di sebuah universiti awam di Gombak, Selangor.

Kes aniaya kucing

https://www.facebook.com/animalmalaysia/posts/pfbid0N6vrY232e6G3iB3xRZgrGPkhx1N3MMSUWgajWn1Hrc7zRkFcCzb5cx795Toon4tAl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Sengaja Biarkan Adik Lemas Di Kolam? Abang Tiri Ditahan Sebagai Suspek

Terbaharu, seekor kucing telah dihempuk dengan batu hingga pecah kepala oleh seorang lelaki pada 28 September 2023 jam 11.30 malam.

Difahamkan, kedua-dua kes tersebut masih dalam siasatan polis dan Persatuan Haiwan Malaysia menyeru kenalan, rakan sekampung, jiran tetangga, keluarga dan saudara mara penjenayah haiwan ini tampil bantu pihak polis bagi mengesan dan menangkap suspek penjenayah haiwan kejam ini.

https://www.facebook.com/animalmalaysia/posts/pfbid0YPsYP34Ex1JbuRBSDJqNgsNCZKYS6ytcSgbS1Qcx2gq37d4v4WSa9axiYhmbCF1el

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, kes akan disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana mendatangkan kemudaratan kepada kucing dengan peruntukkan hukuman penjara maksimum 3 tahun dan denda maksimum RM100,000.00 jika didapati bersalah.

Sumber: Facebook @Persatuan Haiwan Malaysia

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd