Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JAWI Panggil Individu Bantu Siasatan Kes Aktiviti Tidak Bermoral Di Spa Chow Kit

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memanggil seorang individu bagi membantu siasatan kes penahanan sekumpulan lelaki yang didakwa terbabit aktiviti tidak bermoral di sebuah pusat kesihatan di spa Chow Kit, Jumaat lalu.

Ambil keterangan individu ditahan di Spa Chow Kit

Menerusi kenyataan yang dikongsi di Facebook Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan individu itu sudah hadir ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi bagi diambil keterangan.

Rakaman percakapan tersebut dijalankan berdasarkan kepada Seksyen 59, Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Akta 560 1997.
“Orang Yang Disyaki (OYDS) telah hadir ke Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jawi dan memberikan kerjasama yang baik ketika sesi rakaman percakapan diadakan,” katanya.

spa chow kit

Isu di spa Chow Kit kalau dibiar mampu hancurkan jati diri generasi

Terdahulu, polis menahan 171 lelaki dalam serbuan di spa berkenaan sebelum semuanya dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman. Mohd Na’im berkata rakaman percakapan saksi akan diteruskan bagi melengkapkan siasatan.

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak memandang remeh isu keruntuhan moral.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Isu ini jika dibiarkan mampu menghancurkan jati diri generasi akan datang serta mencemarkan maruah negara,” tegasnya.

Artikel lain: Spa Songsang: Tiada Siapa Mengaku Jadi Mangsa, 171 Warga Tempatan Dibebaskan – KP KL

Dalam pada itu, beliau turut menyeru institusi dakwah memperhebat usaha penerangan kepada masyarakat.

“Semoga ALLAH SWT memelihara kita daripada segala bentuk kerosakan akhlak dan mengurniakan taufik untuk kembali kepada fitrah dan jalan yang benar,” kata beliau.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd