Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerjasama Dengan Rakan Baik? KJ Tak Tolak Gandingan ‘Khairy-Rafizi-Nurul Izzah’

Selepas dipecat daripada UMNO, Khairy Jamaluddin mengaku Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) ada menghubunginya mengenai pelawaan bagi menyertai parti tersebut.

Menurut laporan BH Online, bekas Ketua Pemuda UMNO itu bagaimanapun memerlukan sedikit masa bagi menentukan sama ada memasuki parti yang sedia ada, menubuhkan parti baharu atau berehat daripada bidang politik buat sementara waktu.

“Buat masa ini, pelbagai pihak telah menghubungi saya, daripada kedua-dua belah pihak. Saya mengambil sikap berjumpa dan mendengar semua pihak.
“Saya pun 23 tahun dalam UMNO. UMNO lah yang saya kenal, saya tidak kenal parti lain. Jadi, saya pun nak memahami dengan lebih mendalam apa aspirasi parti masing-masing.
“Setelah saya mendengar semua pandangan, barulah membuat keputusan sama ada saya masuk parti sedia ada atau membuat parti baharu atau saya berehat untuk seketika. Saya tidak mahu terburu-buru membuat keputusan,” katanya.

Ditanya berhubung kemungkinan menjadi calon Bebas atau mewakili mana-mana parti pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, bekas Ahli Parlimen Rembau itu juga mahu mengambil masa antara dua hingga empat bulan untuk membuat keputusan.

Sementara itu, beliau turut mempertimbangkan kemungkinan bekerjasama dengan dua rakan baiknya iaitu Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar dalam PKR tetapi ia bukan satu-satunya yang menjadi setakat ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ya, saya tidak menolak pilihan ini. Namun, itu bukan satu-satunya pilihan yang ada, ada pilihan lain juga. Yang penting, apabila kita berjuang dalam politik, ia lebih daripada talian persahabatan.
“Talian persahabatan itu mungkin akan menjadi perkiraan saya tetapi perkiraan lebih besar ialah soal hala tuju parti berkenaan, dan sama ada saya percaya hala tuju itu sama dengan hala tuju saya sebagai orang politik,” ujarnya.

Jumaat lalu, Khairy dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada UMNO atas dakwaan ‘pelanggaran disiplin parti’.

Sumber: BH Online (Ahmad Suhael Adnan)

+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Sebanyak RM35.84 juta peruntukan telah diluluskan kepada 1,791 Ketua Isi Rumah (KIR) seluruh negara bagi tahun 2024 untuk meningkatkan kualiti hidup kumpulan miskin bandar...

Lokal

Polis mengesahkan menerima laporan mengenai insiden kekecohan yang berlaku semasa upacara pengebumian Pegawai Pemerintah Skuadron 503 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Allahyarham Komander Muhammad...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd