Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pasangan Baharu Raih Perhatian, Kereta ‘Lowered’ Tersangkut Di Bonggol

Hari perkahwinan lazimnya dipenuhi detik manis, namun sesekali muncul juga insiden kecil yang mengundang gelak tawa. Itulah yang berlaku kepada sepasang pengantin ini apabila perjalanan pulang mereka bertukar menjadi pengalaman tidak dijangka.

Dah biasa dengan masalah kereta lowered sangkut

Seorang pengguna TikTok, @aniscaga, berkongsi sebuah video yang memaparkan kereta suaminya iaitu Proton Persona yang telah diubah suai menjadi rendah (lowered) tersangkut di sebuah bonggol jalan di kawasan perumahan.

lowered

Video tersebut pantas tular dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Menurut Anis, kejadian berlaku sejurus mereka selesai majlis akad nikah. Pasangan itu dikatakan melalui laluan yang tidak pernah mereka gunakan sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Luluh Hati! Pengantin Lelaki Tak Muncul Hari Nikah, Ibu Tunggal Tahan Malu Depan 1,000 Tetamu

Disebabkan menyangka mereka tersasar jalan, suaminya memperlahankan kenderaan sebelum bahagian bawah kereta tiba-tiba bergesel dan tersekat di bonggol.

lowered

Lebih mencuri perhatian, suaminya yang masih lengkap mengenakan pakaian pengantin dilihat berusaha mengangkat kereta menggunakan jack bagi melepaskan kenderaan daripada terus tersangkut.

Situasi itu bukan sahaja mencabar, malah membuatkan momen bahagia mereka dihiasi pula dengan drama kecil yang tidak dirancang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

lowered

Dalam kapsyen videonya, Anis mengakui bahawa masalah seperti itu bukanlah perkara asing bagi mereka memandangkan kereta suaminya sering berhadapan situasi sama.

“Dah biasa sangat dengan masalah macam ni, terutama bila ‘skirting’ tercabut tengah jalan. Apa pun, saya tetap peminat nombor satu keretanya,” katanya.

Kejadian itu juga memperlihatkan realiti penggunaan kereta yang ‘lowered’ dalam situasi seharian.

Walaupun tampak bergaya, ia memerlukan lebih perhatian ketika melalui kawasan perumahan atau jalan yang tidak rata. Apa pun, setiap kereta ada kelebihan dan kekurangannya, dan pemilik pasti sudah terbiasa dengan cabaran kecil seperti ini dalam rutin pemanduan mereka.

Ni baru betul main kereta

lowered

Laki bini suka cacatkan kereta

lowered

Beauty is pain

lowered

Sumber: TikTok @aniscaga

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi....

Lokal

Seorang banduan yang dijangka dibebaskan bulan depan terpaksa menyambung hukuman penjara selepas dijatuhi hukuman tambahan oleh Mahkamah Sesyen di Parit Raja, hari ini, kerana...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd