Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Ditemui Tak Bernyawa Dalam Kereta Berkunci Penuh Barang Di Stesen Minyak

Seorang wanita ditemui meninggal dunia di tempat duduk pemandu dalam sebuah kereta berkunci yang dipenuhi pelbagai barangan di sebuah stesen minyak di Paya Terubong pada malam Ahad.

Pemandu tak sedarkan diri dalam kereta berkunci

Menerusi laporan daripada Sinar Harian, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah menyatakan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui Sistem MERS 999 pada jam 7.48 malam untuk membantu membuka pintu kenderaan tersebut.

Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian tiba pada jam 8.03 malam.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja membuka pintu kereta jenis Perodua Myvi menggunakan peralatan khas dan mendapati seorang wanita tidak sedarkan diri di dalam kenderaan berkenaan.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir di lokasi kejadian,” katanya.

Mayat wanita dalam kereta berkunci diserahkan kepada polis

Tambah beliau, mayat mangsa berusia 37 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Operasi menyelamat itu diketuai oleh seorang komander dan melibatkan lapan anggota termasuk seorang penyelia. Tiada pegawai kanan lain dilaporkan hadir di lokasi.
“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.43 malam selepas anggota bomba memastikan tiada kemudaratan lain di kawasan kejadian,” ujarnya.

kereta berkunci

Artikel lain: Pemergian Dicemburui! Jemaah Meninggal Dunia Selepas Solat Isyak – “Rutin Hariannya Ke Masjid”

Menurutnya lagi, operasi turut melibatkan satu jentera LFRT P1-09 PTG dan satu EMRS PTG P2-03 dengan bantuan PDRM serta KKM.

Sumber: Sinar Harian (Syajaratulhuda Mohd Rosli)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Dunia

Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto, sekali lagi menegaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar apabila beliau mencadangkan agar Bahasa Perancis turut diajarkan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd