Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Keranda Tema Barbie Dijual, Peminat Boleh Bersemadi Ikut Trend Terkini

Baru-baru ini, tular di laman sosial memaparkan keranda berwarna merah jambu bertemakan Barbie yang difahamkan mengikut budaya dan trend terkini.

Menurut laporan New York Post, terdapat rumah pengebumian menawarkan keranda bertemakan Barbie kepada orang ramai terutamanya peminat untuk bersemadi bersama cinta anak patung keluaran Mattel ke kubur.

“Keranda ini, dengan warna merah jambu terang yang menyerlah, mewakili momen yang tidak dapat dilupakan yang mereka lalui,” menurut klip promosi keranda itu.
“Ia adalah peringatan bahawa kisah kita patut diingati dan disambut dengan warna dan semangat. Semoga penghormatan ini disambut dengan penuh kasih sayang, warna dan kenangan yang tidak dapat dilupakan,” ujar wakil rumah pengebumian itu.

Bahkan, syarikat Olivares Funeral Home turut mempromosikan keranda ‘Rumah Barbie’ mereka dengan slogan: “Jadi anda boleh berehat seperti Barbie.”

Sumber: New York Post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Lokal

Seramai 732 Ketua Isi Rumah (KIR) di Perak berjaya keluar daripada status miskin tegar setakat 31 Disember 2025, sekali gus mencapai sasaran sifar miskin...

Lokal

Pelaksanaan undang-undang syariah terhadap individu yang meninggalkan solat Jumaat di Kedah bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya sebagai usaha mendidik serta meningkatkan kesedaran umat Islam...

Sosial

Susulan isu tular melibatkan satu adegan dalam persembahan teater yang mencetuskan pelbagai reaksi, Universiti Malaya tampil memberikan penjelasan rasmi bagi meredakan kebimbangan orang ramai....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd