Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Peruntuk RM600 Juta Untuk Kurangkan Impak Bencana

Kerajaan memperuntukan hampir RM600 juta bagi mengurangkan impak bencana dalam bentuk pemerkasaan institusi pengurusan bencana iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia meliputi perolehan peralatan dan aset oleh pasukan responder, penambahbaikan dan kesediaan sistem ramalan awal.

“Selain itu, kerajaan juga melaksanakan program mitigasi banjir seperti naik taraf sistem saliran bandar, kolam takungan dan penyelenggaraan sistem perparitan dengan peruntukan berjumlah hampir RM600 juta,” katanya.

Beliau berkata sedemikian pada Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2023 (BKN 2023) Markas SMART di Puchong, Selangor hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga komited dalam pelaburan untuk mengurangkan risiko banjir melalui projek tebatan banjir berjumlah RM13 billion sehingga tahun 2030.

Beliau berkata, bencana merupakan salah satu faktor yang menghalang atau membantut negara dari menuju Matlamat Pembangunan Mampan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Agenda pengurangan risiko bencana menjadi keutamaan negara dan dizahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dan Laporan Prestasi Perbelanjaan Setengah Tahun 2023 pada September lalu.

Sementara itu, beliau turut membentangkan penggunaan sistem aplikasi MyIdea oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di Parlimen pagi tadi.

Gambar sekadar hiasan

Sistem aplikasi ini merupakan antara aplikasi yang boleh digunakan dalam membantu pengurusan bencana banjir di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebenarnya banyak lagi sistem dan aplikasi yang dibangunkan oleh agensi-agensi di negara kita sebagai sistem sokongan pengurusan bencana.
“Selain sumber manusia, saya menyeru agar agensi berkaitan memanfaatkan pengurusan teknologi dan maklumat bencana terintegrasi.
“Hal ini akan membantu kita untuk lebih memahami risiko bencana dan membuat keputusan yang termaklum (informed-decision making),” ujarnya.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd