Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Sahkan Pembelian 15 Toyota Camry Untuk Pentadbiran

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengesahkan pembelian sebanyak 15 buah kereta Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bagi tujuan kegunaan rasmi pentadbiran negeri dengan jumlah peruntukan mencecah RM3.31 juta.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang ganti kenderaan rasmi sudah lebih 5 tahun

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memberitahu setiap unit bernilai kira-kira RM220,783 dan pembelian ini dilakukan bagi menggantikan kenderaan lama yang telah berusia lebih lima tahun.

“Daripada jumlah itu, 10 buah kenderaan diperuntukkan kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, tiga kepada pegawai ex-officio iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.
“Sementara itu, masing-masing satu unit kepada Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri,” katanya ketika ditemui di luar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Selasa.

Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dipersoal pembangkang?

Beliau menjelaskan, semua kenderaan tersebut telah diterima sejak dua bulan lalu.

Namun begitu, isu ini dibangkitkan semasa sesi perbahasan apabila Mohd Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) mempersoalkan keperluan pembelian tersebut, terutamanya ketika negeri dikatakan mengalami kekangan kewangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan negeri juga dilaporkan menerima pendahuluan sebanyak RM100 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi menampung aliran tunai, namun masih membeli kenderaan baharu. Mohon kerajaan negeri beri penjelasan,” katanya.

Artikel lain: Ramli Ngah Dilantik Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Baharu

Sebagai makluman, pada Ogos 2019, kerajaan negeri juga telah membeli 15 unit Toyota Camry bagi menggantikan model sebelumnya atas faktor keselamatan dan kos penyelenggaraan.

Sumber: Sinar Harian (Syajaratulhuda Mohd Rosli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika turun...

Lokal

Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB), pengendali sah rangkaian jalan raya Genting Highlands, akan melaksanakan caj jalan raya secara berfasa bermula 28 Mei dan 28...

Lokal

Seorang banduan yang dijangka dibebaskan bulan depan terpaksa menyambung hukuman penjara selepas dijatuhi hukuman tambahan oleh Mahkamah Sesyen di Parit Raja, hari ini, kerana...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd