Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Cadang Wujudkan Ambulans Udara Milik JBPM Menjelang Akhir Tahun Ini

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewujudkan perkhidmatan ambulans udara dengan menggunakan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, inisiatif tersebut sekiranya dapat direalisasikan menjelang akhir tahun ini akan menjimatkan perbelajaan kerajaan sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.

Perkhidmatan ambulans udara, antara lain, adalah bagi usaha menyelamat mangsa di kawasan pendalaman dan kes kemalangan jalan raya di lebuh raya.

“Satu penggal, lima tahun kita boleh jimat RM75 juta kerana amalan kerajaan dahulu, dia outsource (sumber luar) kepada sektor swasta, kosnya RM20 juta setahun.
“Apabila JBPM ambil alih, setahun boleh jimat RM15 juta dan ini adalah satu lagi inisiatif menuju ke arah Malaysia Madani,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Khamis.

Sementara itu, Kor Ming memaklumkan jumlah tunggakan bayaran perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSP&PA) oleh beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) kini berjumlah RM538.26 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, pada tahun lalu sahaja, perbelanjaan PSP&PA bagi tujuh negeri yang diuruskan SWCorp mencecah hampir RM2 bilion dengan RM1.32 bilion adalah daripada Kerajaan Persekutuan dan RM680 juta daripada PBT.

“Bagaimanapun, kerajaan menyediakan RM10 juta bagi PBT yang tidak berkemampuan iaitu hasil tahunan kurang RM10 juta setahun,” katanya.

Kor Ming berkata, jumlah kos pengurusan sisa pepejal PBT adalah berbeza mengikut saiz dan berdasarkan rekod kementerian, jumlah perbelanjaan pengurusan sisa pepejal adalah 30 hingga 80 peratus daripada hasil PBT.

Beliau berkata, kementerian bersedia mengkaji semula kaedah pengurusan sisa tersebut dan semakan semula perjanjian konsesi hanya boleh dibuat seawal 2025 dengan perjanjian itu akan berakhir pada 2033.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah RM1.7 bilion bagi kementerian berkenaan dalam Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa melalui undian suara majoriti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd